JAYABINA

Servis Cuci Tangki Air - KL & Selangor

  Lebih 5 Tahun AndaTak Pernah Cuci Tangki Air Rumah ?

Mungkin keadaan tangki air di rumah anda kotor macam tangki air dalam gambar di bawah, atau bahkan lebih teruk lagi...

Air untuk rutin anak anda.

Anak anda suka main air kan ? Bayangkan jika anak anda tertelan air dari tangki kotor masa mandi...

Patut la anak aku mengadu sakit perut dan selalu kena gatal-gatal kulit...

Yang paling risau kalau ada baby bawah 1 tahun sebab antibody badan belum kuat dan kulit sangat sensitif...

Ayah mengambil wuduk, dipadankan dengan gambaran keadaan dalam tangki air.
Air untuk rutin mak ayah.

Bayangkan ibu bapa anda kumur mulut guna air dari tangki kotor masa wudu dan gosok gigi...

Patut la mak ayah aku selalu kena gatal-gatal kulit dan mata...

Paling risau kalau mak ayah ada penyakit kronik sebab orang tua antibody badan semakin lemah...

“Kami faham... Anda risau tentang kesihatan keluarga... Tapi nak cuci tangki air sendiri memang takde masa sebab hari-hari kerja, penat dan stress. Tak sanggup nak cuci tangki sendiri sebab kena naik atas siling, panas, rimas, gelap, semput, peralatan tak cukup dan risiko terpijak siling. Sebab tu tangguh... dan tangguh lagi... akhirnya langsung tak terbuat...”

Kontraktor cuci tangki air JayaBina

Jangan Risau...
Biar Kami Cucikan 
Tangki Air Anda 
Sampai Bersih...

Primex Jaya Bina Solutions akan bantu cuci tangki air rumah di sekitar KL dan Selangor. Berikut 3 step untuk tempah servis cuci tangki air:

  1. 01

    Isi Booking Form

    Isi lokasi rumah, jenis rumah dan maklumat tangki supaya kami boleh sediakan harga serta slot yang sesuai.

  2. 02

    Booking Tarikh & Masa

    Pilih tarikh dan masa yang sesuai dengan kelapangan masa anda.

  3. 03

    Kami Mulakan Cuci Tangki

    Team kami akan datang untuk cuci tangki air pada waktu yang dipersetujui.

Kontraktor menggosok dinding tangki poli terbuka di atas slab bumbung rumah.
Membersihkan dinding tangki air rumah.

Cara Kami Cuci Tangki Air Anda

Proses kerja yang tersusun supaya setiap bahagian tangki dicuci, disanitasi dan dibilas dengan teliti.

Staff JayaBina berbaju hijau dan berseluar hitam sedang menggosok dinding tangki air dari sudut sisi.
01

Cuci Tangki

Kotoran dan mendapan pada dinding serta dasar tangki ditanggalkan.

Staff JayaBina berbaju hijau sedang menyembur sanitizer ke dalam tangki air terbuka.
02

Sanitize Tangki

Permukaan dalaman disanitasi supaya tangki lebih terjaga sebelum diisi semula.

Staff JayaBina berbaju hijau dan berseluar hitam membilas tangki menggunakan hos kuning kecil.
03

Bilas Tangki

Air bilasan dikeluarkan dan tangki diperiksa sebelum proses selesai.

Lihat PerbezaanSebelum Dan Selepas Cucian...

Bahagian dalam tangki selepas cucian
Selepas Cucian
Mendapan di dasar tangki sebelum cucian
Sebelum Cucian

HARGA BERMULA RM250

Booking Servis
Cuci Tangki Air Sekarang !!

Servis bermula RM250/tangki. Deposit 50% dari harga servis... Anda rasa geli bila selalu terbayang air kotor masa kumur mulut ? Jangan tunggu lagi... Isi booking form di bawah...

Kontraktor cuci tangki air
Tempahan slot

Tempah slot & bayar deposit.

Pilih tarikh, isi butiran dan bayar deposit RM150 (50% harga) melalui halaman bayaran selamat (DuitNow). Slot anda dikunci sebaik bayaran diterima.

  • Tarikh boleh ditukar tertakluk ketersediaan
  • Baki 50% dibayar selepas servis selesai
  • Bukti gambar dihantar ke WhatsApp

Booking Sekarang

Tangki & Harga

Pilih premis dan tetapkan setiap tangki — harga terpapar serta-merta.

Pangsapuri/kondominium: maksimum 1 tangki satu tempahan.

Ringkasan Bayaran
Pilih kapasiti tangki untuk lihat ringkasan harga.

Harga ikut kapasiti tangki (Liter) — semak label/sticker pada tangki anda.

Anda akan dibawa ke halaman bayaran selamat (DuitNow) untuk deposit. Baki dibayar selepas servis selesai.

Masih Ada Pertanyaan ?

Kami sedia membantu anda. Sila baca senarai pertanyaan lazim di berikut...